CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 31 August 2013

ANDAI KATA ...


                                                     

Andai kata satu hari nanti..
Kita mmg telah ditakdirkan tiada jodoh..
Dalam erti kata lain...aku dan kau berpisah..
Aku berharap..agar kau dapat mencari perempuan yang lebih baik daripada aku..
Perempuan yang pandai mnjaga hati kau..
Perempuan yang dapat meluangkan masa bersama dgn kau..
Perempuan yang bisa mencari waktu untuk melayan kerenah kau..
Perempuan yang sentiasa berada di sisi kau tatkala kau senang dan susah..
Perempuan yang tidak mengongkong kau..
Perempuan yang setia dengan kau..
Perempuan yang baik akhlaknya..dan yang paling penting..
Perempuan yang bisa mengajak kau ke arah kebaikan..
Pergilah kau mencari perempuan tersebut..
Kerana aku..perempuan yang tiada langsung memiliki ciri-ciri tersebut..
Kerana aku..tidak sempurna untuk berada dalam hidup kau..
Dan kau...kau layak mendapat perempuan yang jauh lebih baik daripada aku..
Pergilah..walaupun dalam hati aku yang paling dalam..
Tidak pernah untuk merelakan perkara tersebut terjadi..
Kerana aku..aku terlalu sayangkan kau !
Terlalu dan sangat sayangkan kau..
Tidak pernah sekali pun terlintas difikiran aku..untuk berpisah dengan kau..
Ya ! Tidak pernah sekali pun..
Tapi..mungkin juga ini jalan yang terbaik untuk kita berdua..
Aku kasihan kan kau..
Kerana aku, hati kau terpaksa bertahan dengan sikap aku yang tidak pernah berubah..
Kerana aku, hati kau terpaksa sakit dengan segala penipuan yang aku ciptakan..
Kerana aku, hati kau terpaksa tabah dengan segala macam alasan yang aku berikan kepada kau..
Mungkin dengan cara ini..hati kau tidak akan sakit lagi..
Aku harap begitulah..
Tapi..aku mohon..
Jika ia benar-benar terjadi satu hari nanti..
Aku berharap sangat...agar kita masih tetap bertegur sapa antara satu sama lain..
Seperti apa yang berlaku di antara kau dan ******..
Walaupun dia tahu..kau skrg brsama dengan aku..
Tapi dia masih tetap hubungi kau..
Masih tetap berjumpa dengan kau..
Aku tidak mahu kita terus terputus hubungan..
Aku mahu kau tetap terus jadi sahabat aku..
Kerana bagi aku...tidak mudah untuk aku melupakan seseorang..
Yang telah banyak mencipta memori-memori indah bersama dengan aku..
Memori yang tidak akan pernah padam dari ingatan aku..
Dan aku..tidak mahu kita berlagak seperti  orang asing..
Berlagak seperti kita tidak pernah kenal sebelum ini..
Berlagak seperti kita tidak pernah mempunyai masa silam bersama..
Dan akhir kata daripada aku..
Aku harap kau tahu..
YANG AKU SANGAT SAYANGKAN KAU..
Aku tidak tahu apa yang akan terjadi..
Jika satu hari nnti kau pergi meninggalkan aku..
Kau buang segala memori yang pernah kita ciptakan bersama..
Aku berdoa kepada Yang Esa..
Agar ianya tidak akan berlaku sama sekali..
Selagi nama kau sentiasa ada dalam doa panjangku..
Selagi itulah juga nama kau sentiasa terpahat dalam hati dan jiwa aku..
Tiada pengganti yang mampu menggantikan tempat kau di dalam hati aku..
Hati aku penuh..padat..
Ya..sudah padat dengan nama kau..
Tiada lagi yang mampu aku kata kan tatkala ini..
Hanya satu baris ayat yang sudah muak kau dengar..
Ya..aku sayangkan kau..tetap dan masih sayangkan kau seperti dulu..
Tidak pernah akan berubah..
Walau sekelumit pun.. :)